Wednesday, November 24, 2010

LAPORAN LAWATAN KE KILANG ZARA FOODSTUFF

LAPORAN LAWATAN KE KILANG ZARA FOODSTUFF

Pengenalan


Lawatan sambil belajar ke Kilang Kicap ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES dan ia dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra dan syarikat ini dibagunkan pada 1 November 1986 yang berada di Jalan Tahana,Johor.Hasil dari lawatan ke kilang tersebut saya dapat melihat bagaimana kicap di proses dari awal hingga akhir.Syarikat ini menjaga kualiti dengan baik tentang produknya.

Objektif

Objektif lawatan ke kilang Zara Foodstuff adalah seperti berikut:

1-      Memperlihatkan secara lebih dekat produk-produk yang dihasilkan melalui idea yang kreatif   dan inovatif serta kualitinya.

      2)Dapat memahami dengan lebih dekat mengenai proses, pengeluaran, pembungkusan, permentasi serta inovatif bagaimana kicap di proses dengan begitu teliti supaya produknya adalah terbaik di pasaran.

      3)   Lawatan ke mesin penghasilan kicap bagi melihat lebih dekat penghasilan dan penggunaan mesin.Mesin untuk membuat botol kicap digunakan diimport dari Italy dimana syarikat ini satu hari mengeluarkan 6000 katen bagi botol besar.
4)Syarikat ini telah memasarkan produknya ke luar Negara seperti  China,United Kingdom,Singapura dan Brunei.Produknya mendapat sambutan yang tinggi menyebabkan pasarannya meluas ke merata tempat
5)Sesi soal jawab dan perbincangan mengenai proses-proses yang diperlihatkan dan penerangan ringkas mengenai produk kicap.


Penyertaan


Lawatan ke Kilang Kicap Zara Foodstuff Industries melibatkan beberapa pelajar dari Program UTM (DDG) dan Pelajar KYM,di antaranya:
·         PELAJAR DARI KUMPULAN PENGURUSAN TEKNOLOGI
-NURUL AINI BT SHAHIRI

Perlaksanaan

Tarikh: 11 NOVEMBER 2010          

Tempat: ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES SDN BHD
              Zara Building,No 73 Jalan Langkasuka,Larkin Kawasan Industri
              80350,Johor Bahru
E-mail : www.zarafood.com.my


Latar Belakang

Kilang kicap merupakan kilang tempatan yang ditubuhkan pada  1 Nov 1986 dan ditubuhkan pada awalnya di Jalan Tahana dan kini didirikan di Jalan Langkasuka,Larkin.Syarikat ini diterajui oleh Tuan Haji Lambak Bin Mohamed dan 90% terdiri daripada bumiputera.Produknyanya dieksport ke Luar Negara seperti China,UK,Singapura dan Thailand dan syarikat ini memasarkan juga di negara ini yang hanya dipasarkan ke semua pasaraya dan kedai runcit.



Input daripada Lawatan


Lawatan ke Kilang Kicap yang dianjurkan oleh pelajar Pengenalan Pengurusan Operasi dan pelajar Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia yang bekerjasama dengan Kolej Yayasan Melaka Internasional adalah bagi memenuhi projek akhir subjek ini dan mendedahkan kepada teori sebenar pengurusan teknologi yang digunakan oleh sesebuah organisasi bagi  menghasilkan input kepada output.Semasa lawatan kami diberi penerangan bagaimana penghasilan produk Kicap dari bahan mentah kepada produk yang boleh memenuhi kehendak pelanggan dan pengguna.
Kacang Soya merupakan  bahan mentah utama bagi penghasilan Kicap , kacang soya yang digunakan untuk membuat kicap di import daripada Amerika Syarikat disebabkan kacang soya lebih bermutu tinggi, dan ia juga turut menggunakan 3 bahan mentah utama lain iaitu caramel garam atau gula.
Penghasilan kicap yang menggunakan bahan mentah seperti kacang soya yang memerlukan proses pemerapan dari kacang soya selama dua setengah bulan dengan mengguna 3 mikrop untuk memastikan baunya hilang.Pada awal proses,kacang soya diperap selama dua setengah bulan dan menggunakan 3 mikrop untuk menhilangkan bau.Kandungan yang terdapat di dalam produk ini adalah caramel garam dan gula untuk mejadikan warna hitam itu berlaku.Asas yang digunakan dalam tong itu adalah bcc ph value dan nitrogen.
Lawatan ini juga memperlihatkan lagi maklumat mengenai Strategi operasi dimana ia merupakan strategi yang wujud daripada strategi perniagaan dan strategi-strategi operasi termasuklah keputusan yang diambil terhadap isu pembekal bahan mentah, reka bentuk barangan, keperluan, kualiti pada setiap produk, perkembangan teknologi pengeluaran dan sebagainya sehingga barangan tersebut menjadi barangan siap atau output.

Antara elemen strategi operasi yang dapat disimpulkan melalui lawatan ini ialah:
-Fokus kepada proses dimana ia mengeluarkan volum yang rendah tetapi dalam kepelbagaian yang tinggi,ia juga dikenali sebagai ‘job shop’ dan ‘intermittent processes’.
-Strategi ini juga adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggan dan ia juga pasaran luar.
-Mesin-mesin yang digunakan pada kaedah ini boleh menghasilkan pelbagai produk.Mesin ini juga boleh diberhentikan dan dipasang semula bagi menghasilkan produk lain .
- -Proses ini juga memerlukan kos tetap yang rendah dan kos berubah yang tinggi.

Kesimpulan

Lawatan ke kilang kicap ini bukan sahaja memberi peluang kepada saya untuk mempelajari teori penghasilan produk dari awal sehingga terjadinya barang output dan mengetahui strategi proses penghasilan, malah ia membuka jalan kepada pelajar bagi memperlihat situasi sebenar penghasilan barangan bahan mentah . Secara tidak langsung banyak maklumat dan pelajaran dapat diperolehi dimana sepatutnya sebagai pelajar kita perlu rasa bersemangat dengan apa yang kita perolehi di lawatan ini yang sememangnya serba lengkap dengan kehendak pembelajaran subjek Pengurusan Teknologi pada semester ini.

No comments:

Post a Comment