Wednesday, November 24, 2010

LAPORAN LAWATAN KE KILANG ZARA FOODSTUFF

LAPORAN LAWATAN KE KILANG ZARA FOODSTUFF

Pengenalan


Lawatan sambil belajar ke Kilang Kicap ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES dan ia dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra dan syarikat ini dibagunkan pada 1 November 1986 yang berada di Jalan Tahana,Johor.Hasil dari lawatan ke kilang tersebut saya dapat melihat bagaimana kicap di proses dari awal hingga akhir.Syarikat ini menjaga kualiti dengan baik tentang produknya.

Objektif

Objektif lawatan ke kilang Zara Foodstuff adalah seperti berikut:

1-      Memperlihatkan secara lebih dekat produk-produk yang dihasilkan melalui idea yang kreatif   dan inovatif serta kualitinya.

      2)Dapat memahami dengan lebih dekat mengenai proses, pengeluaran, pembungkusan, permentasi serta inovatif bagaimana kicap di proses dengan begitu teliti supaya produknya adalah terbaik di pasaran.

      3)   Lawatan ke mesin penghasilan kicap bagi melihat lebih dekat penghasilan dan penggunaan mesin.Mesin untuk membuat botol kicap digunakan diimport dari Italy dimana syarikat ini satu hari mengeluarkan 6000 katen bagi botol besar.
4)Syarikat ini telah memasarkan produknya ke luar Negara seperti  China,United Kingdom,Singapura dan Brunei.Produknya mendapat sambutan yang tinggi menyebabkan pasarannya meluas ke merata tempat
5)Sesi soal jawab dan perbincangan mengenai proses-proses yang diperlihatkan dan penerangan ringkas mengenai produk kicap.


Penyertaan


Lawatan ke Kilang Kicap Zara Foodstuff Industries melibatkan beberapa pelajar dari Program UTM (DDG) dan Pelajar KYM,di antaranya:
·         PELAJAR DARI KUMPULAN PENGURUSAN TEKNOLOGI
-NURUL AINI BT SHAHIRI

Perlaksanaan

Tarikh: 11 NOVEMBER 2010          

Tempat: ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES SDN BHD
              Zara Building,No 73 Jalan Langkasuka,Larkin Kawasan Industri
              80350,Johor Bahru
E-mail : www.zarafood.com.my


Latar Belakang

Kilang kicap merupakan kilang tempatan yang ditubuhkan pada  1 Nov 1986 dan ditubuhkan pada awalnya di Jalan Tahana dan kini didirikan di Jalan Langkasuka,Larkin.Syarikat ini diterajui oleh Tuan Haji Lambak Bin Mohamed dan 90% terdiri daripada bumiputera.Produknyanya dieksport ke Luar Negara seperti China,UK,Singapura dan Thailand dan syarikat ini memasarkan juga di negara ini yang hanya dipasarkan ke semua pasaraya dan kedai runcit.



Input daripada Lawatan


Lawatan ke Kilang Kicap yang dianjurkan oleh pelajar Pengenalan Pengurusan Operasi dan pelajar Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia yang bekerjasama dengan Kolej Yayasan Melaka Internasional adalah bagi memenuhi projek akhir subjek ini dan mendedahkan kepada teori sebenar pengurusan teknologi yang digunakan oleh sesebuah organisasi bagi  menghasilkan input kepada output.Semasa lawatan kami diberi penerangan bagaimana penghasilan produk Kicap dari bahan mentah kepada produk yang boleh memenuhi kehendak pelanggan dan pengguna.
Kacang Soya merupakan  bahan mentah utama bagi penghasilan Kicap , kacang soya yang digunakan untuk membuat kicap di import daripada Amerika Syarikat disebabkan kacang soya lebih bermutu tinggi, dan ia juga turut menggunakan 3 bahan mentah utama lain iaitu caramel garam atau gula.
Penghasilan kicap yang menggunakan bahan mentah seperti kacang soya yang memerlukan proses pemerapan dari kacang soya selama dua setengah bulan dengan mengguna 3 mikrop untuk memastikan baunya hilang.Pada awal proses,kacang soya diperap selama dua setengah bulan dan menggunakan 3 mikrop untuk menhilangkan bau.Kandungan yang terdapat di dalam produk ini adalah caramel garam dan gula untuk mejadikan warna hitam itu berlaku.Asas yang digunakan dalam tong itu adalah bcc ph value dan nitrogen.
Lawatan ini juga memperlihatkan lagi maklumat mengenai Strategi operasi dimana ia merupakan strategi yang wujud daripada strategi perniagaan dan strategi-strategi operasi termasuklah keputusan yang diambil terhadap isu pembekal bahan mentah, reka bentuk barangan, keperluan, kualiti pada setiap produk, perkembangan teknologi pengeluaran dan sebagainya sehingga barangan tersebut menjadi barangan siap atau output.

Antara elemen strategi operasi yang dapat disimpulkan melalui lawatan ini ialah:
-Fokus kepada proses dimana ia mengeluarkan volum yang rendah tetapi dalam kepelbagaian yang tinggi,ia juga dikenali sebagai ‘job shop’ dan ‘intermittent processes’.
-Strategi ini juga adalah berdasarkan kepada permintaan pelanggan dan ia juga pasaran luar.
-Mesin-mesin yang digunakan pada kaedah ini boleh menghasilkan pelbagai produk.Mesin ini juga boleh diberhentikan dan dipasang semula bagi menghasilkan produk lain .
- -Proses ini juga memerlukan kos tetap yang rendah dan kos berubah yang tinggi.

Kesimpulan

Lawatan ke kilang kicap ini bukan sahaja memberi peluang kepada saya untuk mempelajari teori penghasilan produk dari awal sehingga terjadinya barang output dan mengetahui strategi proses penghasilan, malah ia membuka jalan kepada pelajar bagi memperlihat situasi sebenar penghasilan barangan bahan mentah . Secara tidak langsung banyak maklumat dan pelajaran dapat diperolehi dimana sepatutnya sebagai pelajar kita perlu rasa bersemangat dengan apa yang kita perolehi di lawatan ini yang sememangnya serba lengkap dengan kehendak pembelajaran subjek Pengurusan Teknologi pada semester ini.

Thursday, November 11, 2010

LAPORAN HASIL PENJUALAN BARANG KITAR SEMULA

Pada 6 November 2010,pada jam 8.30 malam saya telah menjualkan barang – barang terpakai seperti besi,tin-tin,aluminium,kertas dan plastik.Saya telah memperolehi sebanyak RM15.30.Dimana taukeh ini telah mengagihkan harga bagi setiap barang iaitu harga kertas bernilai RM0.25/kg, plastik RM0.50/kg dan besi RM0.60/kg.Terdapat  tiga kategori  besi yang dijual iaitu kategori A,B,C.Kategori A merupakan besi padu,B pula besi kosong seperti tin-tin minuman,manakala C ialah zink-zink,harga bagi setiap kategori besi ini adalah berbeza.Bagi besi kategori A bernilai RM0.85/kg, B RM0.60 dan C RM0.30.Nilai bagi plastik pula taukeh ini meletakkan harga pada RM0.50/kg,manakala kertas pula berharga RM0.25.Selama beberapa bulan setelah saya mengumpul barang-barang terpakai ini lah hasil yang saya perolehi sebanyak 38kg bagi setiap barang yang dikumpul seperti kertas,plastik dan tin-tin.
BESI                 - RM0.60 /KG  X  13KG  =  RM7.80
PLASTIK           -RM 0.50 / KG X 5 KG    = RM 2.50
KERTAS            - RM0.25 /KG X 20 KG   = RM5.00
JUMLAH                                                    RM 15.30

Monday, August 16, 2010

Kasih Sayang Ibu & Abah

Salam sayang dari anakmu kepada ibu dan abah yg tersayang....

Aku ingin mengucap terima kasih kpd ibu dan abh kerana sgup berkorban ape shj demi ank2 nya...
Ibu......kau lah sinar hidup ku...kau telah mengandungkan ku selama 9bln 10 hri...kau menjaga,kau mendidik sehingga aku berjaya sehingga ke hari ini......abah.....kau pula bagaikn lilin yg menerangkan hidupku...kau sanggup berkerja kuat demi mencari nafkah untk anak dan isteri....dari aku kecil sehingga lah sekrg abah sgup korbankan ape shj demi kesenangan ank2nya....Aku rasa amat bersyukur memperoleh ibu bapa yg slalu mengambil berat dan memberi kasih syg sepenuhnya kepada along dan aku....Ku masih inagt lg dlm memori ku,semasa kecil aku dan along terlalu nakal sehinggakn kami pernah kene pkul dgn tali pinggang disebbkan tak solat...al maklum la masa budak2...heheheheh....pernah jugak aku dan along kene sebat dgn rating kayu itu pn kami degil tak dgr ckp...ibu ckp jgn pegi laut sbb aiar tgah pasang...Allah masih syg kn aku,kalu tak aku da mati lemas....Itu lah kasih syg ibu dia pkul mmg la mrh tp sbnrnya dlm lubuk hati dia amat menyanyangi ank2nya....Tiba mlm menjelma ibu masuk ke bilik,ibu menyapu minyak ke badan kami...Ketika itu,aku melihat ibu menjijihkan air matanya kerana sedih melihat kami...Aku dan along cpt2 mintak maaf dan berjajnji tak akan buat lagi...Sehingga kami besar,aku dan along susah nk kuar rumah... Hehehhehe....ada lagi...masa aku umo 4thun aku ni malas nk g ngaji,tak mcm along die rjin....sbb tu die hbs cpt...Aku bkn mls tp tkut la,sbb atuk aq garang sgt...tp garang2 nk pndai...Wlupn aq mls ngaji dlm mase 4thun aq da hbs ngaji...Tgok skrg aq lak mencurahkan ilmu kpd bdk2 kmpg...Aq da menjadi guru ngaji tp tak la pndai sgt mcm along...Itu lah org ckp biar mase kecik kita kene mrh ke ape,dah besa nmpk tak hasilnya.....hahahahah....Alhmdulillah ibu abh telah bnyk memberi dorongan agma kpd aku dan along...Sebb itu lah kami nie mcm terkong2 la nk wt pape...tp tak bermakna ibu abh tak bg sbb dia mrh,mreka thu ape akn terjadi pd sesuatu pd kita...Tol x????Kita sbg ank kena la dgr nsht ibu bpa bru lah hdup nie berkat....
Kasih syg ibu dan abh berbeza,kalu ibu dia ske bg nsht utk ank2 die,tp abh ni lain sikit die nie diam tp kasih syg die sguh mendalam...Abh sgup wt ape shj utk ank2 nya...Sampaikn aku dan along da msuk IPT die bekrja kuat untk mencari rezeki...Abh ibu sgup mkn simple2 je,bkn ape nk jimat duit nk bg ank2 nya duit mkn kt kolej...tp kami tak meminta.....
sekarang nie abh kene keje lbh sikit nk cari duit lbh utk abg aku pergi jordan bln dpn.....erm sedinhya smgu je dpat raya dgn along...Lpas nie 2thun along tak ada....Dia da merantau jauh....Aku da xdpt nk gduh & gurau2 dgn dia lg....huwaaaaaaaaaaaaaaaa.......tp xpelah dia pergi utk mencari ilmu bkn melancong.....
erm da la itu jelah yg dpt aku luahkn....tp aku tak akn melupakan kasih syg seorang ibu dan abh sejak aku kecil sehinggalah hari ini........
SALAM SAYANG DARI ANAKMU NURUL AINI KEPADA IBU DAN ABH...................
Pengajaran bagiku,apabila ibu dan abah mrh tak bererti mereka membenci kita malah di sudut hati mereka terlalu menyanyangi ank2nya.