Thursday, November 11, 2010

LAPORAN HASIL PENJUALAN BARANG KITAR SEMULA

Pada 6 November 2010,pada jam 8.30 malam saya telah menjualkan barang – barang terpakai seperti besi,tin-tin,aluminium,kertas dan plastik.Saya telah memperolehi sebanyak RM15.30.Dimana taukeh ini telah mengagihkan harga bagi setiap barang iaitu harga kertas bernilai RM0.25/kg, plastik RM0.50/kg dan besi RM0.60/kg.Terdapat  tiga kategori  besi yang dijual iaitu kategori A,B,C.Kategori A merupakan besi padu,B pula besi kosong seperti tin-tin minuman,manakala C ialah zink-zink,harga bagi setiap kategori besi ini adalah berbeza.Bagi besi kategori A bernilai RM0.85/kg, B RM0.60 dan C RM0.30.Nilai bagi plastik pula taukeh ini meletakkan harga pada RM0.50/kg,manakala kertas pula berharga RM0.25.Selama beberapa bulan setelah saya mengumpul barang-barang terpakai ini lah hasil yang saya perolehi sebanyak 38kg bagi setiap barang yang dikumpul seperti kertas,plastik dan tin-tin.
BESI                 - RM0.60 /KG  X  13KG  =  RM7.80
PLASTIK           -RM 0.50 / KG X 5 KG    = RM 2.50
KERTAS            - RM0.25 /KG X 20 KG   = RM5.00
JUMLAH                                                    RM 15.30

No comments:

Post a Comment